Di sini saya ingin terangkan serba sedikit tentang tiket masuk.Untuk bayi berumur 0-1 tahun, masuk adalah percuma. Bagi kanak-kanak berumur 2-3 tahun, bayaran online ialah RM41.40 dan bayarah secara terus dari kaunter ialah RM46.00.Bagi kanak-kanak berumur 4-17 tahun, bayaran secara online ialah RM 85.50 dan secara terus dari kaunter ialah RM 95.00 . Saya mencadangkan jika ingin membeli tiket, belilah secara online kerana ianya lebih murah dan lebih mudah.
Semasa kami masuk di taman tema tersebut, kami disambut dengan begitu meriah sekali. Pekerja-pekerja di situ sangat peramah dan baik. Mereka mengajar kami bahasa-bahasa di KidZania antaranya ialah Zankiu untuk thank you(terima kasih) , Kai untuk hai dan Kidzoss iaitu nama duit di Kidzania .
Permainan pertama yang saya cuba ialah menjadi doktor.Di sini, saya boleh pilih sama ada menjadi doktor menjaga bayi atau doktor bedah. Saya membuat pilihan untuk menjadi doktor bedah kerana ianya nampak menarik dan bila saya cuba ianya sangat menarik dan menyeronokkan kerana saya merasakan seperti membedah manusia yang sebenar walaupun saya hanya membedah sebuah patung simulasi ^-^
Setelah itu, saya pergi membuat teh di Tealive. Saya berasa sangat seronok kerana dapat berpengalaman membuat teh bubble yang sedang tular sekarang ini dikalangan remaja-remaja. Selepas itu , kami teruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti menjadi posmen, polis, bomba dan banyak lagi.
Pada sekitar pukul 2 petang, saya dan sepupu berhenti berehat dan makan . Di situ disediakan juga tempat makan . Makanan di situ sangat sedap terutamanya ayam goreng .Setelah selesai makan, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu Zohor . Kemudian kami sambung main. Pada masa itu, aktiviti yang saya lakukan ialah mewarna .
Banyak juga aktiviti yang kami lakukan seperti membuat selipar, membuat buger , menjadi pengacara dan banyak lagi. Pada pukul 8 malam, kami menghabiskan aktiviti terakhir kami iaitu menjadi jurutera . Selepas itu, kami pun pulang ke rumah .
Namun kami tersekat di kesesakan lalu lintas di sekitar Damansara dan kami mengambil keputusan untuk berhenti di R&R untuk solat dan makan malam . Seterusnya kami sambung perjalanan kami untuk pulang ke rumah. Kami tiba di rumah agak lambat pada sekitar pukul 11 malam. Pada pendapaat saya, aktiviti pada hari ini sangat menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan serta dapat memantapkan lagi percakapan kita . Sekian daripada blog ini. Terima kasih ^-^





